Jutawanautomatik berwajah baru

>> Monday, June 28, 2010

Pernah dengar laman web jutawanautomatik.com? Antara laman web yang tersohor di awal zaman MLM internet meletup di Malaysia.

Dan pada pendapat peribadi aku pula jutawanautomatik.com adalah laman web penipu paling berjaya di Malaysia. Aku dah cerita sebelum ni di blog lama aku yang kena godam dan aku berminat nak cerita lagi sebagai ingatan kepada sahabat-sahabat aku semua. Dan aku yakin lepas ni ada orang akan cuba hack lagi aku punya blog seperti blog aku yang lepas.
Antara artikel lepas aku yang begitu panas dan menimbulkan kemarahan ialah berkenaan dapatwang.com dan jutawanklik.com. Aku akan buat artikel lain lepas nie dan korang pikirla sendiri.

Kenapa aku kata penipu? Ada bukti ke?


Ha..ceritanya mudah je. Bayaran yang agak hebat untuk produknya iaitu RM295. Agak-agak apa yang anda dapat? Anda akan diberi tunjuk ajar cara bagaimana untuk mendapatkan keuntungan yang sama dengan salah satu caranya ialah buat satu lagi laman web dan copy semua kod html yang diberikan dan iklankan dimana-mana!


Kalau tak percaya, tunggula lagi sebulan dua, akan ada banyak laman web yang seperti dibawah akan muncul di laman web dengan nama domain yang berlainan.
Sori ar, sesapa yang belum join tu beringatla sebelum terkena. Dan aku bersedia menerima godaman dari hacker-hacker yang berminat nak godam blog aku ni. Aku tak kisah.

Kepada mereka-mereka yang telah berjaya tu tahniahla. Aku tak kata pun benda nie tidak menguntungkan. Bacala tulisan aku di perenggan kedua, "JUTAWANAUTOMATIK.COM ADALAH ANTARA LAMAN WEB PENIPU PALING BERJAYA".

Dibawah adalah laman webnya yang asal...

Thunderbird kini v3.1

Tahukah anda bahawa Mozilla Thunderbird kini telah diupgrade ke versi 3.1? Apa yang menarik dalam versi ini ialah Thunderbird kini mempunyai Tabs dan juga carian mesej. Paparannya juga lebih menarik dan untuk pengetahuan anda yang tak tahu apa-apa, Mozilla Thunderbird ialah satu perisian pengurusan email yang percuma dari Mozilla.
Anda boleh menguruskan seberapa banyak email yang anda ada. Contohnya aku sendiri ada 10 email yang aktif dan semuanya diuruskan menggunakan Thunderbird.

Antara pembaharuan dalam versi Thunderbird terkini...




dan ada la beberapa lagi. Nak tahu lagi, baca sendiri di laman web rasmi Mozilla Thunderbird di sini.

Bagaimana tempah IKLAN PANAS di iklan4all.com

>> Sunday, June 27, 2010

Sori sebab lama tak update blog aku. Ok. Aku nak cerita sket macamana nak tempah IKLAN PANAS di web aku iklan4all.com. Mula-mula sekali login macama biasa. Lepas tu letak iklan macam biasa jugak.

Lepas anda letak iklan di iklan4all.com, satu page akan keluar bertulis seperti berikut:

Maknanya iklan anda telah diterima dan sila periksa email anda.



Anda akan mendapat email seperi berikut:


Yang bertanda anak panah ialah link untuk iklan anda.

Forwardkan saja email yang anda terima ini ke iklan4all@gmail.com dengan tajuk atau subject "TEMPAH IKLAN PANAS" dan aku akan berikan maklumat lanjut pembayaran.



10 Nama Domain Paling Lama

>> Wednesday, June 9, 2010

Nama Domain ialah alamat Internet yang unik, digunakan untuk mengenalpasti laman web atau komputer yang dihubungkan ke internet.

Nama domain ini akan dipaparkan sebagai komponen URL di internet. Tapi tahukah anda nama domain yang pertama didaftarkan dan sekarang telah pun berusia 25 tahun!

Dibawah ni aku senaraikan 10 nama domain yang paling lama dalam sejarah internet.

1. SYMBOLICS.COM (di daftarkan pada15-Mar-1985)

2. BBN.COM (di daftarkan pada 24-Apr-1985)

3. THINK.COM (di daftarkan pada 24-May-1985)

4. MCC.COM (di daftarkan pada 11-Jul-1985)

5. DEC.COM (di daftarkan pada 30-Sep-1985)

6. NORTHROP.COM (di daftarkan pada 07-Nov-1985)

7. XEROX.COM (di daftarkan pada 09-Jan-1986)

8. SRI.COM (di daftarkan pada 17-Jan-1986)

9. HP.COM (di daftarkan pada 03-Mar-1986)

10. BELLCORE.COM (registered on 05-Mar-1986)

Agak mengejutkan kerana WWW atau World Wide Web hanya di ujudkan pada awal 1990 oleh Tim Burnes Lee.

Tetapi sebenarnya networking bebas telahpun diujudkan lebih awal iaitu lebih kurang pada tahun 1960 melalui platform Unix.

Klik di sini untuk melihat 100 nama domain paling lama didaftarkan.

Anakku yang ke 3

>> Sunday, June 6, 2010

Sori ha. Lama tak update. Bini aku baru je bersalin. Anak no 3. Perempuan. Alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails

My Children

About This Blog

Just for fun

Recent Comments

  © Iklan Percuma - admin - 2010

Back to TOP